Bioadata Sekolah


        
SEJARAH SEKOLAH      


  Sekolah   Kebangsaan Pereh    telah    dibuka   pada  10.10.1956,Oleh   En.Ibrahim bin Abdullah dan Penghulu Ulu Berang secara tidak rasmi.  Ramai juga ibubapa hadir dalam majlis perbukaan itu,nasihat-nasihat telah diberikan oleh beliau  untuk kemajuan  sekolah itu.Pada masa   itu  bangunan  asal  sekolah  hanya  terdiri  daripada     sebuah bangsal  kayu  beratap daun  sagu,berdindingkan anyaman buluh dan bertiangkan  batang  pinang s ahaja.Seorang guru rakyat dari Sekolah Melayu Sekayu  bernama En.Yusof bin Ahmad telah ditugaskan untuk mengajar  seramai   29 orang  murid  yang terdiri  daripada    pelbagai peringkat  umur.  Beliau  merupakan guru dan Guru Besar pertama di sekolah ini.
               
           Pada    akhir    tahun    1963,   bangunan    lama   sekolah   telah dirobohkan  dan digantikan dengan sebuah bangunan yang lebih baik iaitu    sebuah      bangunan        berlantaikan     simen/konkrit     serta berdindingkan   papan   didiririkan   diatas  tapak  baru   berhampiran bertujuan untuk memberi lebih keselesaan semasa belajar.Bangunan
Ini    masih    lagi    digunakan    sehingga   sekarang   sebagai   Pejabat  Pentadbiran dan Bilik Guru.

                  Zaman silih berganti,begitu juga dengan prasarana sekolah dan warganya  turut bertukar ganti,Namun begitu,biarpun  berdepan  dengan     kesukaran   dan    kekurangan.   SK. Pereh     tetap    revelan mendepani   cabaran   dalam   mendidik  dan  mengajar anak bangsa.

                  Kerajaan     telah    menyediakan     jalan-jalan    baru     dan kemudahan    paip    kepada    murid-murid    serta     diikuti    dengan kemudahan   bekalan  elektrik  ke  sekolah. Secara  tidak  langsung ini telah   memesatkan  proses  pembelajaran  disekitar  Kampung  peris.
Dan   yang    terkini   sekolah   SK.pereh   tidak ketinggalan dalam arus teknologi     maklumat    dengan    adanya     teknologi     Vsat     untuk kemudahan murid mengakses internet.

                  Perjuangan    guru-guru   terdahulu   amatlah  besar   dalam mendidik anak bangsa dan melahirkan cerdik pandai terutama warga Kampung   Peris   dan   di   sekitarnya.Perjuangan mereka di curahkan tanpa    mengenal    erti    penat   dan   lelah    demi    kesinambungan Pendidikan Negara.

                 Sehingga awal 2011 sekolah ini telah diketuai oleh 17 orang Guru Besar   untuk    murid-murid   yang   terdiri   daripad   penduduk Kampung Peris dan kampung sekitarnya.
                
                 Sekolah    Kebangsaan  Pereh  kini dipimpin oleh E.Sulaiman bin Muda,selaku   Guru Besar dan   dibantu 9 orang Guru Akademik,2 orang    Guru     J-QAF,     seorang    Guru    Pemulihan,  seorang   Guru Pra-Sekolah,  seorang  EIO  serta 3 orang staf  sokongan.Untuk tahun-tahun     mendatang,     kami    pihak   sekolah   berjanji  akan      terus memperjuangkan       nasib    dan   anak-anak   didik    kami    sehingga    BERJAYA.


 
VISI
Sekolah Kebangsaan Pereh akan menjadi sekolah cemerlang Zon KDSR 3 menjelang 2012

MISI
Untuk member pendidikan berkualiti kepada murid melalui pendekatan bersepadu ke arah melahirkan Warga Negara Malaysia yang cemerlang

MATLAMAT
Melahirkan anak didik yang berwawasan,berakhlak mulia,kreatif,inovatif dan perihatin terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi

1)     Mencapai 5A dalam UPSR
2)     Meningkatkan pencapaian lulus dalam
        semua mata pelajaran
3)     Mengelahirkan murid 100% celik 3M
4)     Mengekalkan pencapaian Ko-Kurikulum dalam semua aktiviti.
5)     Membina sikap disiplin dan menghayati nilai-nilai murni membudayakan salam dalam amalan masyarakat sekolah.


No comments:

Post a Comment