Thursday, May 19, 2011

Bakat Ter..rendam

Dia Seorang Guru Tua

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelaran dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan hati dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan

1989

Tuesday, May 17, 2011

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sambutan hari "kita - kita" telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Bermula dengan perhimpunan di tapak perhimpunan dengan acara menyampaikan ucapan - ucapan, nyanyian - nyanyian lagu rasmi dan tema hari guru, acara diteruskan dengan acara mini sukaneka yang disertai oleh guru-guru bersama anak-anak didik kesayangan mereka. Jamuan ayam bakar dan nasi goreng special menanti setelah itu. Sambutan hari tersebut disudahi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang - pemenang dalam acara sukaneka.

Monday, May 16, 2011

16052011485


16052011485 a video by fajar baru on Flickr.

Teacher's Day 2011

Guru oh Guru



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Friday, May 13, 2011

roses for us

Beautiful Bouquet  of Red Roses

Rose | Forward this
Picture



Roses are red,
violets are blue,
Don't get mad,
we all love you,

Teacher's Day (Meeting)





Assalamualaikum,


In conjunction with the Teacher's Day celebration this coming Monday, teachers and the Parents Teachers Association(PTA) representative, En. Zainuddin hold a meeting today on Thursday 12th May. The meeting was held to discuss on the activities to be held during the event. En. Sulaiman bin Muda, the headmaster chaired the meeting.

Wednesday, May 11, 2011

Happy Teacher's Day


Our day of celebration is just around the corner. 16th May next week will again be celebrated by every individual who claims themselves as teachers.

Teachers here, teachers there,
teachers, teachers everywhere,
teachers teach, teachers taught,
skills and knowledge of every thought,

teachers, teachers of every type,
one that really true,
is the teacher at heart.

Happy Teacher's Day

Tuesday, May 3, 2011

district choral speaking 2 May 2011

Winner for the day...SK Tengku Ampuan Intan. It is hoped our school
will send a team next year....Teacher Sakiah...?