fajar baru's photostream on Flickr.
Friday, August 26, 2011
Kembali Ke Fitrah..

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk meneruskan puasa Ramadhan. Tidak lama lagi, bulan
berkat dan rahmat ini bakal meninggalkan kita. Entah sempat atau tidak untuk kita bertemunya lagi pada tahun hadapan. Maka, di kesempatan yang masih berbaki ini, marilah sama - sama kita mengoptimunkan amal ibadat kita dengan memohon maghfiroh dan hidayah daripada DIA yang MAHA Satu.
Sekadar mengingatkan diri dan saudara semuafakat,
Syawal yang bakal tiba hendaknya diraikan dengan tatacara yang sepatutnya. Janganlah jadikan ia sebagai pembebasan dari lapar dan dahaga, dan juga kekangan terhadap kesukaan nafsu yang dilalui sepanjang Ramadhan. Perhati lihat apa yang akan dibuat, jaga adab syariat, bersuka dalam ingat, moga - moga apa yang diterap disepanjang bulan berkat dan rahmat menjadi benteng nasihat dan penyelamat dari terus sesat.
Di sini juga, admin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas apa juga salah dan khilaf yang pernah admin lakukan baik sengaja atau tidak sengaja dan juga admin memaafkan apa sahaja salah dan khilaf yang pernah dilakukan kepada admin baik sengaja atau tidak sengaja, zahir dan batin. Akhir kata, marilah kita sama - sama menyempurnakan Ramadhan kita agar Syawal nanti menjadi TUGU kemenangan kita menundukkan nafsu dan sekaligus mencapai Taqwa dalam hidup kita yang masih berbaki. InsyaAllah. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Kedatangan Hari Fitrah, 1 Syawal. Wassalam.
Monday, August 22, 2011
SAPS
Assalamualaikum,
PERHATIAN KEPADA RAKAN - RAKAN GURU, MOHON LENGKAPKAN DATA SAPS DALAM KADAR SEGERA KERANA TARIKH AKHIR UNTUK MENYIAPKAN DATA TERSEBUT IALAH PADA 2 SEPTEMBER 2011. BERIKUT DATA YANG PERLU DILENGKAPKAN.

1. Daftar Matapelajaran yang diajar.
2. Markah semua M/Pelajaran Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011@OTI 2
3. Markah M/Pelajaran OTI 1 2011
4. Markah M/Pelajaran TOV 2011
5. ETR setiap murid untuk semua M/Pelajaran.
Sebarang kesulitan boleh rujuk SUP. Terima Kasih
Saturday, August 20, 2011
A Visit

Assalamualaikum,
Tomorrow 21st August, SK Pereh will attend to a visit from officers in JPNT and PPDHT. Hopefully the visit will set a new leap to SK Pereh and her community. The visit is hoped to bring changes to all the shortages the school had all these years. Let's hope this visit to be the "Ramadhan" blessing to all of us. InsyaAllah..
Sunday, August 7, 2011
Tazkirah
Assalamualaikum,

Sempena bulan Ramadhan ini Panitia Pendidikan Islam SK Pereh telah merangka beberapa aktiviti sebagai pengisian Ramadhan antaranya Tadarrus Al Quran dan sesi tazkirah. Untuk minggu pertama puasa ini, pengisian tazkirah telah disampaikan oleh Al Ustaz Mohd Azam bin Kassim, Penolong Kanan 1.

Wednesday, August 3, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Al Fatihah
Subscribe to:
Posts (Atom)